Saturday, December 24, 2022

KOKDIANG KEDAH

 


Selesai sudah kajian lapangan yang dijalankan di Kokdiang Kedah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Dr Shahidi dan Prof Rahim atas banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada kami semua untuk menjalankan kajian lapangan ini. Dan tidak lupa kepada penduduk di Kokdiang yang merupakan masyarakat yang sangat mesra dengan membawa kami semua ke kenduri kawin dan telah banyak membawa kami ke tempat-tempat yang menarik di Kokdiang. Kajian lapangan ini telah memberi banyak pengalaman kepada kami semua dan harap pengalaman yang ada ini dapat kami terapkan untuk masa yang akan datang nanti. 

Friday, December 9, 2022

HUJAN




9 Disember 2022 (JUMAAT)

Tentang hujan yang menemui bumi-Nya. Dia datang dari tempat yang tinggi. Dari lapisan atmosfera yang menyelubungi bumi. Hujan, dia tetap datang meski tahu rasanya jatuh berulang kali. 
Dan aku ingin menjadi seperti hujan dimana akan tetap berusaha meski gagal berjuta kali.

Thursday, December 8, 2022

SENJA

 




Senja merupakan pergantian dari pagi menjelang malam. Disitulah senja banyak yang merindukan. Aku rasa kenangan di kampung memang tidak boleh dibeli dengan apapun. Tapi aku sepenuhnya sedar bahawa inilah jalan hidupku yang harus diteruskan demi keinginan untuk ubah nasib agar menjadi lebih baik.

TENTANG AKU


9 APRIL 2001

Alhamdulilah, segala puji-pujian hanya untuk Allah swt. Nama yang ditakdirkan untukku ialah Nor Azhan Aiman bin Zawawi atau lebih dikenali oleh rakan-rakan saya ialah Azhan. Anak bongsu daripada 6 adik beradik dan berumur 21 tahun pada tahun ini. Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal di rumah oleh seorang ibu yang ku cintai sehingga sekarang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Doaku untuk sahabat, semoga rakan-rakan dan aku berjaya mendapat segulung ijazah dan berjaya suatu hari nanti. 


 

MEMANCING

Adakala saya memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala saya memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaik...